Friday 16 November 2012

GAZA :(

assalamualaikum....aku rasa,semua tahu kan ape itu GAZA?dimana itu GAZA? dan apa yang berlaku di GAZA.So,xperlulah kot aku ceritakan latar belakang dan sejarah GAZA tu kan.Tapi,walau ape pun,tidak kiralah islam atau bukan,manusia yang berperikemanusiaan pasti akan bersimpati sekiranya nama GAZA diperbincangkan di media massa,kerana setiap kali nama GAZA naik ke kaca tv atau dada akhbar,sudah pasti kisah2 yang negatif yang timbul,jarang sekali kisah positif yang diceritakan.

 Disana,kanak2 hanya bermandikan bom dan darah mereka sendiri.Tapi disini,MALAYSIA,kanak2 dihujani dengan kemewahan,dihujani dengan sifat2 yang hanya memudaratkan diri mereka sendiri.

 DISANA,para remaja berjuang setiap hari demi mempertahankan keluarga mereka,mempertahankan negara mereka,mempertahankan maruah mereka.TAPI DISINI, para remaja hanya berjuang diatas jalan raya bersama EX5 mereka,berjuang di dalam disko yang menyajikan kelalaian untuk mereka,berjuang melahirkan anak2 diluar nikah dan membuang mereka tanpa belas kasihan.

 DISANA,para wanita diancam keselamatan mereka,diancam maruah mereka.TETAPI DISINI,para wanita hanya diancam dengan saling mengumpat satu sama lain,diancam dengan pakaian2 ketat,diancam dengan emas permata.

 DISANA,kaum lelaki berfikir untuk melindungi keluarga mereka,berfikir untuk mempertahankan negara mereka.TAPI DISINI,kaum lelaki berfikir untuk menambahkan harta mereka,berfikir untuk berkahwin 4,berfikir untuk memuaskan nafsu2 mereka.

 DISANA,warga emas menggunakan kudrat mereka melawan tentera2 zionis laknatullah.TAPI DISINI,warga emas menggunakan kudrat mereka untuk lepak di kedai2 kopi janda,menggunakan kudrat mereka untuk menonton perlawanan di antara JOHN CENA dan juga THE ROCK secara berjemaah di warung kampung.

 Jadi,layakkah kite disini hanya bersenang lenang,sedangkan mereka disana tiada masa untuk bersenang lenang.Ya,aku tahu,memang kita tak mampu untuk mengangkat sebilah pedang dan turut berjuang disana,tetapi ISLAM ITU INDAH,kerana sebaik2 senjata dalam islam adalah DOA.Aku berharap,korang akan sentiasa berdoa untuk mereka disana,sentiasa berdoa agar ISLAM dapat ditegakkan suatu hari nanti...amin #insyaallah...GAZA WILL BE ALWAYS IN OUR HEART! <3

No comments:

Post a Comment